Tuesday 12 July 2011

Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik

http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

Sinopsis

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra, sejarah , dan sebagainya.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.

Friday 8 July 2011

PERKHEMAHAN JATI DIRI SK SIPUTEH, KODIANG, KEDAH.


 Seramai 120 orang pelajar menyertai Perkhemahan Jati Diri yang terdiri daripada 5 unit beruniform



Setelah siap membina khemah, peserta dibentuk kumpulan dalam khemah.


Aktiviti rutin dalam perkhemahan ialah kawat kaki, panas pun panas la utnuk membentuk ketahan diri.



Kemahiran ikhtiar hidup diterapkan kepada peserta sebagai persediaan diri ketika bencana.



Perasmian Yang Berusaha En. Mohd 'Akib Bin Ahmad selaku Guru Besar SK Siputeh.


Aktiviti kumpulan dipupuk sebagai asas untuk menwujudkan kerjasama dalam kehidupan seharian kelak.


 

Bergambar sebagai kenang-kenangan

Thursday 2 June 2011

Welcome

Hello Everyone, My name is Ku Rushidi. I hope you will enjoy with my blog .